Pusat Pengajian
MUSTAUDA'IL ILMI
“TAA’LLUM, TAZKIYYAH, TA’LIM”
(belajar, beramal (membersihkan jiwa), mengajarkan)
PENGENALAN
Pusat Pengajian Mustaudail Ilmi, sebuah institusi pendidikan Islam bersepadu yang bertujuan untuk menggabungkan pengajian kitab turath Islam, penguasaan Bahasa Arab secara teori dan amali, serta menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan arus perdana seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Institusi ini menyasarkan pelajar peringkat menengah (13–18 tahun) yang berhasrat
mendalami ilmu-ilmu Islam secara mendalam melalui kaedah talaqqi dan pengajian berstruktur.
Kurikulum pusat ini dirangka secara holistik, merangkumi subjek-subjek teras seperti:
Fiqh
Tauhid
Hadis
Tafsir
Nahu
Saraf
VISI & MISI
Visi
Menjadi pusat pengajian Islam berwibawa yang melahirkan generasi ilmuan pewaris Nabi, mahir dalam ilmu turath, fasih dalam berbahasa Arab dan berakhlak mulia.
Misi
- Menerapkan sistem pendidikan berteraskan al-Quran, Sunnah dan kitab-kitab ulama muktabar.
- Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan berdisiplin.
- Menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang turath dan akademik.
- Menerapkan pendekatan tarbiah yang berasaskan nilai Islam dan adab dalam semua aspek kehidupan pelajar.
OBJEKTIF
Memberi pendidikan berteraskan pengajian kitab-kitab turath Islam mengikut manhaj ahli sunnah wal jamaah.
Membentuk para pelajar yang dapat berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Arab dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pemerkasaan Bahasa Arab.
Mempersiapkan pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM dan STAM (keperluan untuk menyambung ke UII Dalwa dan mana-mana universiti dalam dan luar negara).
Membentuk sahsiah pelajar yang berakhlak mulia serta berdaya saing dalam dunia pendidikan dan dakwah.
Menyediakan Kelas pengajian fardhu ain umumi Tauhid, Fiqh dan Tasawwuf secara teori dan praktikal (terbuka kepada masyarakat umum).
Konsep & Model PendidikaN
Talaqqi
Pengajian talaqqi kitab turath secara nizomi (formal mengikut kelas) dan halaqah hadhramiah (umumi).
Hafalan
Hafalan matan-matan ilmu yang telah ditetapkan.
Akademik
Kurikulum Formal (SPM & STAM) mengikut garis panduan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
PENDIDIKAN
INTEGRASI
Bahasa Arab
Penguasaan Bahasa Arab secara intensif melalui komunikasi harian, nahu, saraf, karangan dan latihan perbualan (menggunakan modul Pesantren DALWA).
Tarbiah
Tarbiah dan sahsiah pelajar melalui aktiviti harian berasaskan nilai Islam (qiamullail, tazkirah, bacaan wirid, tadarus, gotong-royong dan lain-lain).
Ko-Kurikulum
Ko-kurikulum Islamik seperti kelab dakwah, latihan khutbah (muhadhoroh), kem motivasi dan pembinaan kepimpinan.
STRUKTUR KURIKULUM
Pelaksanaan kurikulum di institusi ini bertunjangkan sistem Nizhomi yang mengadaptasi sepenuhnya silibus dari Pondok Pesantren Darul Lughah Wad Da’wah (DALWA), Indonesia. Struktur pengajian ini dibahagikan kepada peringkat Ibtidaie, Thanawi, dan A’li, di mana pelajar akan menuntut ilmu di MUSIL selama enam tahun sebelum menyambung baki pengajian di DALWA.
SKOP PERANCANGAN PEMBANGUNAN
Fasa Pertama:
- Pembinaan sebuah surau 2 tingkat (ruang solat di tingkat bawah yang berkapasiti 200 orang jemaah). Ruang di kiri dan kanan surau (ruwaq) dijadikan kelas pengajian nizhomi.
- Untuk permulaan, tingkat atas dijadikan sebagai asrama pelajar dan diwujudkan bilik guru/warden untuk yang belum berkahwin.
- Pembinaan sebuah dewan makan dan dapur.
Fasa Kedua:
- Proses mendapatkan pendaftaran pusat pengajian daripada Majlis Agama Islam Negeri Kedah seterusnya daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
- Pembinaan sebuah koperasi / mini market (sebagai salah satu sumber pendapatan pusat pengajian).
Fasa Ketiga:
- Pembinaan blok bangunan asrama dua tingkat yang memuatkan 150 ke 180 orang pelajar merangkumi tempat kediaman guru (untuk 4 orang guru yang belum berkahwin) dan 1 bilik / rumah tetamu.
- Proses pendaftaran kumpulan pertama pelajar calon SPM.
- Proses pendaftaran kumpulan pertama pelajar calon STAM pada tahun berikutnya.
- Kumpulan pertama menyambung pengajian di Pesantren & UII DALWA.
KAWASAN TAPAK
PELAN LANTAI BANGUNAN





JAWATAN KUASA MUSTAUDA'IL ILMI
bin Dahari @ Zahari
bin Tukul
bin Saadan
bin Abidin
MARI BERINFAK
Persatuan Kebajikan Mustaudail Ilmi
5521 2564 3159